Monday, September 1, 2008

***Selamat Berpuasa***

Berpuasa Ramadhan tanpa niat disebabkan terlupa adalah tidak sah & wajib diqadha' semula.Dari itu ,bagi mengelakkan perkara tersebut,ada baiknya kita niat berpuasa untuk sebulan penuh sekaligus pada malam pertama mngikut mazhab Imam Maalik Rahimullah (bertaqliid) disamping kita juga wajib berniat setiap malam seperti biasa.
Lafadz Niat Sebulan :
نويت صوم شهر رمصان كله لله تعالي
"Sengaja aku niat berpuasa sebulan Ramadhan sepenuhnya kerana Allah Taala"
Lafadz niat setiap malam :
نويت صوم عد عن ادا فرص شهر رمصان هده السنة ايمانا واحتسابا لله تعالي
"Sengaja aku niat berpuasa esok hari fardhu bulan Ramadhan tahun ini tunai dengan keadaan beriman semata-mata kerana Allah Taala"
Untuk makluman,tetap tidak dibenarkan seseorang itu makan & minum sepanjang waktu berpuasa walaupun puasanya tidak sah disebabkan terlupa niat & wajib diqadhaa semula.Sedia maklum orang yang dibenarkan tidak berpuasa hanyalah orang yang sakit atau belayar(musafir) sahaja.Akan tetapi mereka juga wajib menqadha semula.
Perhatian:Membaca lafadz niat hukumnya sunnah bagi membantu niat yang wajib iaitu di dalam hati.

No comments:

 
© free template by Blogspot tutorial