Saturday, April 25, 2009

***Usah merokok depan pelajar***

Saya ingin berkongsi pendapat dengan menyunting keratan akbar Harian Metro hari ini,tentang tajuk di atas :-

CHERAS: Guru yang merokok dinasihatkan tidak berbuat demikian depan pelajar kerana tabiat itu boleh menjadi ikutan.Kajian Kementerian Kesihatan pada 2005 mendapati, kira-kira 42 peratus pelajar yang merokok mengaku terpengaruh oleh tindakan guru mereka, manakala 16 peratus lagi kerana pengaruh ibu bapa.Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata statistik itu menunjukkan guru lebih berpengaruh daripada ibu bapa.Menurutnya, mungkin kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah dan lebih rapat dengan guru hingga segala perbuatan, termasuk tabiat tidak baik, menjadi ikutan selepas terpengaruh.
Katanya, pelajar mungkin menganggap tingkah laku guru mereka wajar dicontohi walaupun sebenarnya tabiat itu tidak baik dan boleh memberi kesan negatif kepada diri sendiri.
“Ini dapat kita lihat mengenai peningkatan jumlah pesakit kanser, kini pada usia 20-an dan 30-an sudah menghidapnya,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090426090253/Article/index_html

Wednesday, April 22, 2009

***Tahniah***



SU.Sengkurong: Tahniah diucapkan kepada Peserta dan Gandingan dua tenaga pengajar SU.Sengkurong ( Cgu Pg Jefri & Cgu Bulhanuddin ), membuktikan mereka dapat mengharungi saingan pertandingan Dikir Kawasan Brunei 111, mengetepikan pencabar mereka dalam pertandingan Dikir antara Sekolah-sekolah kawasan brunei 111 , SU.Sengkurong menduduki tempat pertama , Sekali gus mewakili Sekolah Ugama Kawasan Brunei 111 dalam pertandingan Dikir Seluruh Negara Di Kuala Belait pada 30hb.April,2009 depan.

Tuesday, April 21, 2009

MOHON MAAF

Assalamualaikum....Insyaalah blog ini akan diupdate dalam masa terdekat...
 
© free template by Blogspot tutorial