Monday, November 24, 2008

***Sukan Ria 2008***


Pada 24hb Nov 2008, Hari Isnin,Sekolah Ugama Sengkurong mengadakan acara Sukan Ria ,bertempat di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong.
Acara ini adalah salah satu Acara tahunan Sekolah selepas Peperiksaan Akhir Tahun 2008.


Acara di Mulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah seterusnya sesi pemanasan badan sebelum acara sukan dimulakan.
Adapun Acara Sukan ini bagi merebut Piala Pusingan sumbangan
Guru Hal Ehwal Pelajar (Disiplin)


Acara sukan pada tahun ini terbahgi kepada 4 kumpulan,terdiri daripada Rumah Merah,Rumah Kuning,Rumah Hijau dan Rumah Biru.



Murid-murid kelihatan seronok,apanya orang 'Brunei siuk'



Rumah Hijau bergembira mengikuti gerak senaman pemanasan badan.



Sukan yang dipertandingkan adalah mengikut kategori Darjah-darjah.


Darjah Pra : - 1) Mengutip Gula-gula

2) Meniup Belon Sampai Pecah


Darjah 1 : 1) Lumba Memakai Kasut dan Stokin

2) Lumba Lari 50 meter


Darjah 2 : 1) Lari Gostan

2) Lari Membawa Bola Ping-pong


Darjah 3 : 1) Mengail Botol dan berlari

2) Lompat Satu kaki


Darjah 4 : 1) Lompat Satu Kaki

2) Lari bawa Bola Ping-pong pakai Mulut


Darjah 5 : 1) Lari lompat katak

2) Mengail botol dan berlari

Hadiah-hadiah sukan adalah sumbangan daripada Guru-guru Sekolah Ugama Sengkurong





Ketua Pasukan sedang memilih 'atlit-atlit' kecil untuk acara sukan yang dipertandingkan.
Penyokong-penyokong Rumah Biru sedang Duduk berehat.



Pasukan Rumah Hijau





Pasukan Rumah Kuning 'santai'



'Aksi' Rumah Merah sebelum acara dimulakan
Pemenang Keseluruhan Acara Sukan belum diputuskan,Insyaalah Petang Nanti.
Sebab kesalahan teknikal markah.


Murid-murid juga berkesempatan bermain dengan 'Giant Clown Bouncer' di luar Dewan.
Bouncer ini disumbangkan peribadi oleh Guru Hal Ehwal Pelajar (Disiplin)
Sekolah Ugama Sengkurong.

Monday, November 17, 2008

***Sambutan Hari Guru dan Penyampian Sijil Darjah 6 bagi tahun 2007***

***Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Seterusnya persembahan Bacaan Al-Quran daripada Nurul Nadhirah bt Kadir,Mendapat no 3 pertandingan bacaan Al-Quran Sekolah-sekolah***


***Tahniah....Penerima-penerima Sijil Darjah 6 2007***

***Penyampian Sijil-sijil oleh Yang Mulia Guru Besar Sek.Ugama Sengkurong***


***Gambar bawah,Pen.Guru Besar sedang menyampaikan Sijil-sijil penghargaan kepada murid-murid yang mengikuti aktiviti-aktiviti dalam atau luar Sekolah***


***Persembahan daripada Murid-murid darjah 6 2008***


***Candid...! lagi ngusai mikrofon ya Cikgu...***

Thursday, October 9, 2008

***Back to School Season 4***


Sayu dan pilu,Suka dan duka,Gembira dan Menangis,Pembuka kata...Setelah
bercuti penggal ke 3 dan cuti khas Ramadhan dan Syawal...Mungkin belum
terlambat bagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin
kepada Guru-guru S.U.Sengkurong,terutama kpd Guru Besar,Pen.Guru Besar,Guru-guru Kanan,Pegawai-pegawai dan Kaum Muslimin dan Muslimat di mana saja berada.

Pada hari Isnin 6hbOgos.2008,Sekolah mula di buka selepas bercuti.
(maaf baru ter'update')
Sekolah mengadakan majlis membaca surah Al-Fatihah dan Surah Yassin
bagi Almarhumah Cikgu Datin Hjh Mariah bt Hj Ismail,
Isteri bekas Pengarah Pengajian Islam Dato Hj Kassim,
telah kembali ke rahmat Allah
pada Isnin ,Subuh 06/10/2008.
Semoga Roh beliau dicucuri rahmat...Amin...


Tuesday, September 23, 2008

***Membaca Surah Yaasin & Tahlil***


Hari ini sempena hari guru,Majlis membaca Yaasin dan Tahlil bertempat di Kubah Makam Diraja,Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Menteri Pendidikan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman,juga hadir Timbalan Menteri Pendidikan , Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman




Sebahgian daripada teman-teman seperjuangan yang turut hadir sama-sama memeriahkan lagi sambutan Hari Guru 2008.

Monday, September 22, 2008

***Selamat Hari Guru***

***Dengan ucapan Setinggi-tinggi penghargaan dan Terima Kasih kepada seluruh Guru-guru di Negara Brunei Darussalam mahupun yang berada di luar Negeri "Semoga bertambah kesungguhan Cikgu-cikgu untuk mendidik Anak Bangsa Jati Brunei ke arah pencapaian yang boleh meningkatkan budaya belajar dikalangan Murid-murid"Sesuai dengan tema Hari Guru 2008
"Guru Pembentuk Tunas Bangsa"

***Majlis Khatam S.U.S***


Pada 16hb Sept 2008,Satu Majlis Khatam Guru-guru dan Murid-murid Sekolah Ugama Sengkurong di adakan di Masjid Sultan Sharif Ali,Kampong Sengkurong.Majlis ini juga diselajurkan dengan Penyampian Sedekah kepada Anak-anak Yatim Sekolah Ugama Sengkurong.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah...Seterusnya bacaan Surah-Surah.

Murid-murid darjah 4 , 5 dan 6

Guru-guru perempuan sedang asyik mengumpul 'Bunga Telur'
untuk dibahgi kepada Murid-murid.

Gambar kahwin siapa tu di liat ah? Guru-guru lelaki berkonsultansi sebelum
Majlis dijalankan


Aisyeh..! Posing maut lagi tu.....
 
© free template by Blogspot tutorial