Monday, November 24, 2008

***Sukan Ria 2008***


Pada 24hb Nov 2008, Hari Isnin,Sekolah Ugama Sengkurong mengadakan acara Sukan Ria ,bertempat di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong.
Acara ini adalah salah satu Acara tahunan Sekolah selepas Peperiksaan Akhir Tahun 2008.


Acara di Mulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah seterusnya sesi pemanasan badan sebelum acara sukan dimulakan.
Adapun Acara Sukan ini bagi merebut Piala Pusingan sumbangan
Guru Hal Ehwal Pelajar (Disiplin)


Acara sukan pada tahun ini terbahgi kepada 4 kumpulan,terdiri daripada Rumah Merah,Rumah Kuning,Rumah Hijau dan Rumah Biru.



Murid-murid kelihatan seronok,apanya orang 'Brunei siuk'



Rumah Hijau bergembira mengikuti gerak senaman pemanasan badan.



Sukan yang dipertandingkan adalah mengikut kategori Darjah-darjah.


Darjah Pra : - 1) Mengutip Gula-gula

2) Meniup Belon Sampai Pecah


Darjah 1 : 1) Lumba Memakai Kasut dan Stokin

2) Lumba Lari 50 meter


Darjah 2 : 1) Lari Gostan

2) Lari Membawa Bola Ping-pong


Darjah 3 : 1) Mengail Botol dan berlari

2) Lompat Satu kaki


Darjah 4 : 1) Lompat Satu Kaki

2) Lari bawa Bola Ping-pong pakai Mulut


Darjah 5 : 1) Lari lompat katak

2) Mengail botol dan berlari

Hadiah-hadiah sukan adalah sumbangan daripada Guru-guru Sekolah Ugama Sengkurong





Ketua Pasukan sedang memilih 'atlit-atlit' kecil untuk acara sukan yang dipertandingkan.
Penyokong-penyokong Rumah Biru sedang Duduk berehat.



Pasukan Rumah Hijau





Pasukan Rumah Kuning 'santai'



'Aksi' Rumah Merah sebelum acara dimulakan
Pemenang Keseluruhan Acara Sukan belum diputuskan,Insyaalah Petang Nanti.
Sebab kesalahan teknikal markah.


Murid-murid juga berkesempatan bermain dengan 'Giant Clown Bouncer' di luar Dewan.
Bouncer ini disumbangkan peribadi oleh Guru Hal Ehwal Pelajar (Disiplin)
Sekolah Ugama Sengkurong.

Monday, November 17, 2008

***Sambutan Hari Guru dan Penyampian Sijil Darjah 6 bagi tahun 2007***

***Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Seterusnya persembahan Bacaan Al-Quran daripada Nurul Nadhirah bt Kadir,Mendapat no 3 pertandingan bacaan Al-Quran Sekolah-sekolah***


***Tahniah....Penerima-penerima Sijil Darjah 6 2007***

***Penyampian Sijil-sijil oleh Yang Mulia Guru Besar Sek.Ugama Sengkurong***


***Gambar bawah,Pen.Guru Besar sedang menyampaikan Sijil-sijil penghargaan kepada murid-murid yang mengikuti aktiviti-aktiviti dalam atau luar Sekolah***


***Persembahan daripada Murid-murid darjah 6 2008***


***Candid...! lagi ngusai mikrofon ya Cikgu...***

 
© free template by Blogspot tutorial