Tuesday, September 23, 2008

***Membaca Surah Yaasin & Tahlil***


Hari ini sempena hari guru,Majlis membaca Yaasin dan Tahlil bertempat di Kubah Makam Diraja,Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Menteri Pendidikan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman,juga hadir Timbalan Menteri Pendidikan , Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman




Sebahgian daripada teman-teman seperjuangan yang turut hadir sama-sama memeriahkan lagi sambutan Hari Guru 2008.

Monday, September 22, 2008

***Selamat Hari Guru***

***Dengan ucapan Setinggi-tinggi penghargaan dan Terima Kasih kepada seluruh Guru-guru di Negara Brunei Darussalam mahupun yang berada di luar Negeri "Semoga bertambah kesungguhan Cikgu-cikgu untuk mendidik Anak Bangsa Jati Brunei ke arah pencapaian yang boleh meningkatkan budaya belajar dikalangan Murid-murid"Sesuai dengan tema Hari Guru 2008
"Guru Pembentuk Tunas Bangsa"

***Majlis Khatam S.U.S***


Pada 16hb Sept 2008,Satu Majlis Khatam Guru-guru dan Murid-murid Sekolah Ugama Sengkurong di adakan di Masjid Sultan Sharif Ali,Kampong Sengkurong.Majlis ini juga diselajurkan dengan Penyampian Sedekah kepada Anak-anak Yatim Sekolah Ugama Sengkurong.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah...Seterusnya bacaan Surah-Surah.

Murid-murid darjah 4 , 5 dan 6

Guru-guru perempuan sedang asyik mengumpul 'Bunga Telur'
untuk dibahgi kepada Murid-murid.

Gambar kahwin siapa tu di liat ah? Guru-guru lelaki berkonsultansi sebelum
Majlis dijalankan


Aisyeh..! Posing maut lagi tu.....

Tuesday, September 16, 2008

***Kempen Kebersihan***


Kempen kebersihan sempena cuti sekolah penggal ke 3,Gambar di atas,kempen di dalam Dewan serbaguna ,Tikar sembahyang di gulung dan di simpan ke tempat yang dikhaskan.Seterusnya murid-murid membersihkan bilik darjah masing-masing.

Monday, September 15, 2008

***Ramai yang belum tau nie...***

ramai yg tak tau kan.... Ilmu utk dikongsi bersama :Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz 'assalamualaikum' dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh 'waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh'
Beri salam - assalamualaikum'Jawab salam - 'waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh'

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata 'Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye' contoh lerr..Bukannya : 'Kirim salam kat Anis ye'
Dan bukannya ' Kirim salam maut' statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.
.
.
.
'Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot' Maksud singkatan ' A'kum'
Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan 'Assalamualaikum' dengan 'A'kum' dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan 'Salam' iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani..
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform 'A'kum', kita ingatkan dia guna 'Salam' kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA INI KEPADA TEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.
.
.
.
Kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni.... Saya cuma penyampai...Terima Kasih...

Saturday, September 13, 2008

***Wayang di Sekolah***


Aktiviti akhir penggal persekolahan ke 3,Hari ini sabtu 13hb Sept.2008/13hb Ramadhan 1429,
Ketua Bahagian Kegiatan Sekolah dan ahli-ahlinya mengadakan "Wayang Gambar" di dewan sekolah dengan Tema 'SAYANGI LAH IBU'
Sebelum tayangan bermula,Wayang di mulakan dengan mendedahkan secara singkat Kisah Nabi Muhammad selepas itu barulah 2 tayangan di persembahkan bertajuk 'Syurga di telapak kaki Ibu' dan 'Kaki terputus kedua-dua belah kerna tendang Ibu'
Semoga dengan tayangan itu,Murid-murid akan sedar betapa kasihnya Ibu kepada anak-anaknya.

Tuesday, September 9, 2008

***Tarikan Wanita***

Di akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah :


1. AyahnyaApabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar shalat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.



2. SuaminyaApabila sang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, seperti tidak pernah lalai shalat, puasa tidak ketinggalan. Maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.


3. Abang-abangnyaApabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga saudara wanita jatuh ke pangkuan abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak LelakinyaApabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu berbuat kemungkaran, pengumpat, & sebagainya, maka anak itu akan ditanya dan diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah atau suami atau abang atau anak harus memainkan peranan mereka,

Firman Allah SWT; “Hai anak adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu…”
Harga seorang muslim adalah sangat berharga. Allah SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (siapa pun yang mengucapkan kalimah tauhid), oleh karena itu janganlah kita membuang atau tidak mengindahkan janji dan peluang yang Allah SWT berikan pada kita.


Wallohu A`lam Bi Showab
nukilan di atas saya ambil daripada laman web di bawah ini :
http://kepinganmakna.multiply.com/journal/item/33/Empat_Golongan_Lelaki_Ahli_Neraka

NOTA: Gambar di atas ini adalah untuk kiasan/gambaran Api Neraka sahaja.


Hanya Allah S.W.T yang mengetahui kejadian Syurga & Neraka.

Monday, September 8, 2008

***Majlis Tedarus Di Bulan Ramadhan***


Majlis bertedarus di bulan Ramadhan Pada 7 Ramadhan 1429/8hb Sept 2008,Murid-murid Sekolah Ugama Sengkurong Kawasan Brunei 111 bagi darjah 4,5 & 6 Anjuran Jabatan Pengajian Islam,Kementerian Hal Ehwal Ugama,Negara Brunei Darussalam.
Tempat : Masjid Sultan Sharif Ali

Murid-murid bertedarus di tasmik oleh Guru-guru

Giliran guru-guru bertedarus selepas waktu sekolah dari pukul 2pm hingga 3pm
Gambar tengah: Ustaz Bolhanuddin membaca dengan kusyuk.

Sssantai...Ustaz juga manusia...

Saturday, September 6, 2008

***Masa Terlalu Berharga***

To realize
The value of a sister
Ask someoneWho doesn't have one.
To realize
The value of ten years:
Ask a newlyDivorced couple.
To realize
The value of one year:
Ask a student whoHas failed a final exam.
To realize
The value of nine months:
Ask a mother who gave birth to a still born.
To realize
The value of one month:
Ask a motherwho has given birth toA premature baby.
To realize
The value of one week:Ask an editor of a weekly newspaper
To realize
The value of one hour:
Ask the lovers who are waiting to Meet..
To realize
The value of one minute:
Ask a personWho has missed the train, bus or plane.
To realize
The value of one-second:
Ask a personWho has survived an accident...
To! realize
The value of one millisecond:
Ask the person who has won a silver medal in the Olympics
To realize
the value of a friend:
Lose one.
Time waits for no one.
Treasure every moment you have.You will treasure it even more whenyou can share it with someone special.Live life to the fullest..

Monday, September 1, 2008

***Fadhilat Terawih***

Malam 1
keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3
berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”

***Selamat Berpuasa***

Berpuasa Ramadhan tanpa niat disebabkan terlupa adalah tidak sah & wajib diqadha' semula.Dari itu ,bagi mengelakkan perkara tersebut,ada baiknya kita niat berpuasa untuk sebulan penuh sekaligus pada malam pertama mngikut mazhab Imam Maalik Rahimullah (bertaqliid) disamping kita juga wajib berniat setiap malam seperti biasa.
Lafadz Niat Sebulan :
نويت صوم شهر رمصان كله لله تعالي
"Sengaja aku niat berpuasa sebulan Ramadhan sepenuhnya kerana Allah Taala"
Lafadz niat setiap malam :
نويت صوم عد عن ادا فرص شهر رمصان هده السنة ايمانا واحتسابا لله تعالي
"Sengaja aku niat berpuasa esok hari fardhu bulan Ramadhan tahun ini tunai dengan keadaan beriman semata-mata kerana Allah Taala"
Untuk makluman,tetap tidak dibenarkan seseorang itu makan & minum sepanjang waktu berpuasa walaupun puasanya tidak sah disebabkan terlupa niat & wajib diqadhaa semula.Sedia maklum orang yang dibenarkan tidak berpuasa hanyalah orang yang sakit atau belayar(musafir) sahaja.Akan tetapi mereka juga wajib menqadha semula.
Perhatian:Membaca lafadz niat hukumnya sunnah bagi membantu niat yang wajib iaitu di dalam hati.
 
© free template by Blogspot tutorial