Monday, June 29, 2009

***SEMBAHYANG HAJAT***


Semalam 29/06/2009. Guru-guru Ugama seluruh negara hadir ke majlis sembahyang hajat dan membaca surah yaasin serta doa tolak bala bagi penyakit H1N1.Hadir sebagai memimpin majlis tersebut ialah Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman ,Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama,Turut hadir Pegawai-pegawai dari dalam Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Bandar Seri Begawan - Amidst the H1N1 outbreak, the Ministry of Religious Affairs held mass Hajat prayers at Jame' Asr Hassanal Bolkiah Mosque in Kg Kiarong yesterday.
Also in attendance were Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Date Paduka Hail Othman , the Deputy Minister of Religious Affairs, and officers from the ministry.
The Hajat prayers were performed after the Maghrib prayer, which was led by imam of the mosque, Pehin Khatib Hj Mustafa Hj Murat.
The ministry urged all mosque and religious halls around the country to perform the Hajat prayers after Margrib prayers and before the Friday prayers as well as recite the Qunut Nazilah while performing the Friday prayers. -- Courtesy of Borneo Bulletin

Written by Aziz Idris

Friday, June 26, 2009

***KERATAN DARIPADA MEDIA PERMATA***


Pelajar 'boleh' mohon tambah cuti sekolah
Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Pelajar yang kembali dari luar negara selepas 23 Jun dinasihati memohon untuk memanjangkan cuti dan tinggal di rumah dalam langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kemungkinan berlaku penyebaran virus Influenza A (H1N1) kepada pelajar lain di sekolah.
Sehubungan itu guru besar dan pengetua diminta membenarkan pelajar sekolah mereka tinggal di rumah jika mereka kembali dari luar negara selepas 23 Jun, kata Pemangku Pengarah Sekolah-Sekolah, Awang Ibrahim Haji Abdul Rahman.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab selepas taklimat Influenza A (H1N1) di Auditorium, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan hari ini yang dihadiri kira-kira 200 pengetua, timbalan pengetua, guru besar, penolong guru besar serta guru kanan sekolah rendah dan menengah seluruh negara.
Dalam taklimatnya, Pegawai Perubatan Dr Linda Lai berkata mereka yang dijangkiti H1N1 hanya akan menunjukkan simptom penyakit dalam tempoh seminggu selepas dijangkiti.
"Oleh itu adalah bijak untuk membenarkan pelajar yang kembali dari luar negara supaya tinggal di rumah seminggu selepas kembali dari luar negara," katanya.
Taklimat itu bertujuan meningkatkan kesedaran guru mengenai Influenza A H1N1 dengan taklimat memberikan penerangan mengenai keadaan H1N1 terkini, keadaan dalam negara, penekanan kebersihan diri dan kebersihan di persekitaran sekolah, pengamalan mencuci tangan dan penggunaan termometer.
Dalam usaha untuk memantau dan menangani Influenza A H1N1, Kementerian Kesihatan juga memberikan sebanyak 1,000 unit termometer dan 10,000 topeng kepada sekolah di seluruh negara.
Termometer itu adalah bagi kegunaan guru untuk memeriksa suhu badan semua pelajar sebelum masuk ke kawasan sekolah atau sebelum memulakan kelas.
Sekolah akan mula dibuka pada 29 Jun selepas cuti sekolah penggal kedua dan pengagihan termometer dan topeng adalah sebahagian langkah pemantauan serta menangani Influenza A H1N1.
Sekolah-sekolah akan membuat pemeriksaan murid pada 29 Jun dan setiap pelajar tidak terkecuali daripada menjalani pemeriksaan itu oleh guru sekolah mereka.
Jika ada pelajar yang suhu badan mereka mencecah 40 darjah Celsius (tahap berjaga-jaga) atau tanda penyakit batuk selesema dan demam panas, guru dinasihati memakaikan penutup mulut kepada pelajar berkenaan, menghubungi ibu bapa atau penjaga pelajar terbabit.
Ibu bapa pula perlu membawa anak mereka mendapatkan rawatan segera di pusat kesihatan berdekatan dan dinasihati tidak menghantar anak mereka ke sekolah jika mempunyai tanda penyakit demam panas dan batuk selesema.
Sempena majlis itu juga, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Dato Paduka Haji Abdul Salam Abdul Momin menyerahkan termometer dan penutup mulut kepada Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan Haji Mohd Daud Haji Mahmud dan Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama Haji Ismail Haji Abdul Manap.
Awang Ibrahim dalam ucapan alu-aluannya berkata satu mesyuarat Influenza A H1N1 diadakan antara Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama pada 23 Jun.
Perbincangan itu menumpu pada pemantauan pelajar yang akan bersekolah setelah menghabiskan cuti penggal kedua melalui pembahagian termometer ke sekolah, mengenal pasti pelajar yang bercuti di luar negara, menasihati ibu bapa dan penjaga untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah jika mempunyai tanda penyakit demam panas dan batuk selesema serta memastikan guru kelas memeriksa semua pelajar dengan termometer sebelum kelas dimulakan.

Friday, June 12, 2009

***JUARA FUTSAL***

SU Sengkurong juara Kejohanan Futsal Kawasan Brunei III
Oleh H Bat dan Zai


Juara Kejohanan Futsal bergambar ramai dengan tetamu kehormat.


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Sekolah Ugama Sengkurong muncul juara dalam Kejohanan Futsal anjuran jawatankuasa pemimpin sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei III setelah menewaskan Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Malik, Bengkurong, 3-0 dalam perlawanan akhir yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya hari ini.
Sementara itu tempat ketiga jatuh kepada Sekolah Ugama PAP Majeedah Nuurul Bulqiah Kilanas.
Dalam kejohanan itu permain terbaik perlawanan disandang oleh Nor Hadini Mat Sah dari Sekolah Ugama Sengkurong dan penjaring terbanyak disandang oleh Abu Fayat Abu Kasim juga dari Sekolah Ugama Sengkurong..
Sebanyak 36 buah sekolah Ugama kawasan Brunei III menyertai kejohanan yang bermula pada 4 Jun lalu.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei III, Ustazah Dk Hajah Masrelawati Pg Hj Md Said.

***BACAAN YAASIN & TAHLIL***


Pada hari Khamis 11hb Jun 2009,satu majlis membaca Yaasin,Doa Selamat diadakan sempena Cuti Penggal Kedua dan seterusnya Bacaan Tahlil.

***KEJOHANAN FUTSAL BRUNEI 111***


Kejohanan ini dirasmikan oleh YANG MULIA, CIKGU HAJI MD JAPPAR BIN HAJI AWG DAMITPEMBANTU PEGAWAI PENGAJIAN ISLAM BRUNEI III JABATAN PENGAJIAN ISLAM.
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

Saturday, May 30, 2009

***HARI ULANGTAHUN ABDB KE 47***



Salam...Hari ini adalah Hari Ulangtahun ABDB ke 47, Saya berkesempatan bersama keluarga datang memeriahkan lagi Acara Sambutan Ulangtahun ABDB yang ke 47, bertempat di ATUDB , Rimba.Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang saya perolehi daripada Persembahan dan Pameran ini.Berikut adalah perjalanan saya seawal 7.15 pagi





Wednesday, May 27, 2009

***PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN***


Hari ini bermula peperiksaan bertulis setengah tahun bagi murid darjah 4,5 & 6,semoga dapat menjawap soalan dengan jawapan yang betul dan beroleh kejayaan...Aminnn.
 
© free template by Blogspot tutorial