Wednesday, May 20, 2009

***FUTSAL***


Lepas waktu sekolah kira-kira pukol 5.09 ptg tadi,telah diadakan pemilihan Futsal antara darjah 4,5 dan 6 sahaja,bagi persiapan awal untuk perlawanan Futsal antara Sekolah-sekolah Ugama Brunei 111 sahaja,anjuran Sekolah Ugama Sengkurong yang akan diadakan Insyaalah selepas Peperiksaan Setengah Tahun,Tarikh dan tempat serta makluman lanjut akan dimaklumkan kemudian.

***MAJLIS PERPISAHAN***


Salam...pada 2.05.2009,satu majlis perpisahan diadakan bagi Cikgu Asyraaf,beliau menggantikan guru cuti bersalin selama 56 hari,ucapan setinggi penghargaan kepada cikgu Asyraaf,PPID dan Pegawai-pegawai Pengajian Islam Brunei 111 atas kerjasama yang telah diberikan,Hanya Allah memberi ganjaran atas kebijaksanaan biskita.Aminnn

Saturday, April 25, 2009

***Usah merokok depan pelajar***

Saya ingin berkongsi pendapat dengan menyunting keratan akbar Harian Metro hari ini,tentang tajuk di atas :-

CHERAS: Guru yang merokok dinasihatkan tidak berbuat demikian depan pelajar kerana tabiat itu boleh menjadi ikutan.Kajian Kementerian Kesihatan pada 2005 mendapati, kira-kira 42 peratus pelajar yang merokok mengaku terpengaruh oleh tindakan guru mereka, manakala 16 peratus lagi kerana pengaruh ibu bapa.Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata statistik itu menunjukkan guru lebih berpengaruh daripada ibu bapa.Menurutnya, mungkin kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah dan lebih rapat dengan guru hingga segala perbuatan, termasuk tabiat tidak baik, menjadi ikutan selepas terpengaruh.
Katanya, pelajar mungkin menganggap tingkah laku guru mereka wajar dicontohi walaupun sebenarnya tabiat itu tidak baik dan boleh memberi kesan negatif kepada diri sendiri.
“Ini dapat kita lihat mengenai peningkatan jumlah pesakit kanser, kini pada usia 20-an dan 30-an sudah menghidapnya,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090426090253/Article/index_html

Wednesday, April 22, 2009

***Tahniah***



SU.Sengkurong: Tahniah diucapkan kepada Peserta dan Gandingan dua tenaga pengajar SU.Sengkurong ( Cgu Pg Jefri & Cgu Bulhanuddin ), membuktikan mereka dapat mengharungi saingan pertandingan Dikir Kawasan Brunei 111, mengetepikan pencabar mereka dalam pertandingan Dikir antara Sekolah-sekolah kawasan brunei 111 , SU.Sengkurong menduduki tempat pertama , Sekali gus mewakili Sekolah Ugama Kawasan Brunei 111 dalam pertandingan Dikir Seluruh Negara Di Kuala Belait pada 30hb.April,2009 depan.

Tuesday, April 21, 2009

MOHON MAAF

Assalamualaikum....Insyaalah blog ini akan diupdate dalam masa terdekat...

Monday, November 24, 2008

***Sukan Ria 2008***


Pada 24hb Nov 2008, Hari Isnin,Sekolah Ugama Sengkurong mengadakan acara Sukan Ria ,bertempat di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong.
Acara ini adalah salah satu Acara tahunan Sekolah selepas Peperiksaan Akhir Tahun 2008.


Acara di Mulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah seterusnya sesi pemanasan badan sebelum acara sukan dimulakan.
Adapun Acara Sukan ini bagi merebut Piala Pusingan sumbangan
Guru Hal Ehwal Pelajar (Disiplin)


Acara sukan pada tahun ini terbahgi kepada 4 kumpulan,terdiri daripada Rumah Merah,Rumah Kuning,Rumah Hijau dan Rumah Biru.



Murid-murid kelihatan seronok,apanya orang 'Brunei siuk'



Rumah Hijau bergembira mengikuti gerak senaman pemanasan badan.



Sukan yang dipertandingkan adalah mengikut kategori Darjah-darjah.


Darjah Pra : - 1) Mengutip Gula-gula

2) Meniup Belon Sampai Pecah


Darjah 1 : 1) Lumba Memakai Kasut dan Stokin

2) Lumba Lari 50 meter


Darjah 2 : 1) Lari Gostan

2) Lari Membawa Bola Ping-pong


Darjah 3 : 1) Mengail Botol dan berlari

2) Lompat Satu kaki


Darjah 4 : 1) Lompat Satu Kaki

2) Lari bawa Bola Ping-pong pakai Mulut


Darjah 5 : 1) Lari lompat katak

2) Mengail botol dan berlari

Hadiah-hadiah sukan adalah sumbangan daripada Guru-guru Sekolah Ugama Sengkurong





Ketua Pasukan sedang memilih 'atlit-atlit' kecil untuk acara sukan yang dipertandingkan.
Penyokong-penyokong Rumah Biru sedang Duduk berehat.



Pasukan Rumah Hijau





Pasukan Rumah Kuning 'santai'



'Aksi' Rumah Merah sebelum acara dimulakan
Pemenang Keseluruhan Acara Sukan belum diputuskan,Insyaalah Petang Nanti.
Sebab kesalahan teknikal markah.


Murid-murid juga berkesempatan bermain dengan 'Giant Clown Bouncer' di luar Dewan.
Bouncer ini disumbangkan peribadi oleh Guru Hal Ehwal Pelajar (Disiplin)
Sekolah Ugama Sengkurong.

Monday, November 17, 2008

***Sambutan Hari Guru dan Penyampian Sijil Darjah 6 bagi tahun 2007***

***Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Seterusnya persembahan Bacaan Al-Quran daripada Nurul Nadhirah bt Kadir,Mendapat no 3 pertandingan bacaan Al-Quran Sekolah-sekolah***


***Tahniah....Penerima-penerima Sijil Darjah 6 2007***

***Penyampian Sijil-sijil oleh Yang Mulia Guru Besar Sek.Ugama Sengkurong***


***Gambar bawah,Pen.Guru Besar sedang menyampaikan Sijil-sijil penghargaan kepada murid-murid yang mengikuti aktiviti-aktiviti dalam atau luar Sekolah***


***Persembahan daripada Murid-murid darjah 6 2008***


***Candid...! lagi ngusai mikrofon ya Cikgu...***

 
© free template by Blogspot tutorial